SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor sedia bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi bagi menyempurnakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha itu adalah untuk mengukuhkan keberkesanan program dan dasar di peringkat Persekutuan dan negeri.
"Itu komitmen yang saya berikan dalam Sesi Libat Urus Kementerian Ekonomi dengan Kerajaan Negeri Selangor di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (pada Sabtu).
"Kerajaan Negeri dan Kementerian Ekonomi akan berkongsi maklumat secara dua hala sebagai usaha memastikan rakyat memerlukan bantuan kerajaan dapat diberikan secara bersasar," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.
Dalam pada itu, Menteri Besar menjelaskan, untuk waktu yang begitu lama, persepsi timbul bahawa hanya rakyat yang menetap di lokaliti luar bandar sahaja yang memerlukan perhatian khusus.
Ujarnya, sebenarnya komuniti yang memerlukan bantuan secara pantas dan berfokus merupakan generasi muda yang berhijrah dari negeri lain dan memilih kawasan seperti Selangor dan Kuala Lumpur untuk peluang pekerjaan yang membayar gaji lebih tinggi.
"Saya yakin bahawa dengan pendekatan seperti Pangkalan Data Utama, Malaysia akan dapat membina sistem kerajaan yang lebih efektif dan mengurangkan ketirisan agar wang yang rakyat bayar melalui sistem cukai dapat diagihkan dan dibelanjakan dengan lebih berhemah dan berkesan," ujarnya lagi.
Pada 18 Mac lalu, Selangor dilaporkan bakal menjadi negeri mempunyai isu keciciran bantuan subsidi bersasar tertinggi susulan ramai penduduk di kawasan berkenaan tidak mendaftar PADU.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, jumlah tersebut berdasarkan 4,752 kawasan yang belum diliputi dalam sistem PADU sejak ia dilancarkan pada 2 Januari lalu.
Daripada jumlah itu, katanya, penduduk di 1,282 lokaliti Selangor tidak mempunyai maklumat dalam pangkalan data berkenaan diikuti Kuala Lumpur (992), Sarawak (765) dan Sabah (620). - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 24 2024
Amirudin bersama Rafizi (kanan) dalam Sesi Libat Urus Kementerian Ekonomi dengan Kerajaan Negeri Selangor di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam pada Sabtu.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
65 murid keracunan makanan di Sungai Petani
Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi tadi.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
Pendaftar PADU masih boleh hantar maklumat yang belum lengkap
Antara maklumat yang belum lengkap diisi ialah pengenalan diri (gagal pengesahan identiti).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 April 2024.
11.55 juta daftar PADU, Perlis dan Kelantan rekod peratusan tertinggi
Kementerian Ekonomi selepas ini akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.
Orang ramai ambil peluang terakhir daftar, kemas kini PADU
Rata-rata penduduk yang ditemui memuji usaha kerajaan dalam memastikan rakyat dapat mendaftar PADU secara fizikal yang dapat menjimatkan masa serta memudahkan penduduk.
PADU ada data asas 30 juta rakyat Malaysia
Data itu hanyalah data asas yang dikumpul daripada pelbagai agensi sedangkan yang diperlukan sekarang adalah data dinamik.
Hari terakhir kemas kini data dalam PADU
Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan pendaftaran PADU dengan angka 1.45 juta orang disusuli Johor 1.02 juta dan Sarawak 0.89 juta.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.